Mayat lelaki ditemui terapung di sungai
Iklan
Anggota penyelamat berusaha membawa keluar mayat Mohamad Nor Hafeez (gambar kecil) dari sungai Kampung Baru Nelayan, pada Ahad.
TUMPAT - Sikap pelik seorang pemuda yang tergesa-gesa keluar dari rumah pada lewat senja Sabtu lalu berakhir dengan penemuan mayatnya yang terapung di sungai Kampung Baru Nelayan di sini pada Ahad.
Mayat Mohamad Nor Hafeez Mohamed,27, ditemui orang awam yang kemudian menghubungi polis.
Iklan
Iklan
Abang mangsa, Azlan Mohamed, 33, berkata, adiknya keluar rumah pada jam 7.30 malam dalam keadaan tergesa-gesa memberitahu ingin ke rumah rakan.
"Ibu sempat berpesan supaya solat Maghrib sebelum keluar. Kami tidak tahu tujuan dia pergi ke rumah rakannya tetapi sebelum ini dia akan pulang,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Isnin.
Iklan
Azlan berkata, selepas menyedari adiknya tidak pulang, dia sekeluarga mencari di semua tempat yang dirasakan pernah dikunjungi Mohamad Nor Hafeez namun tidak menemuinya.
"Ada penduduk memaklumkan menjumpai satu mayat terapung di sungai. Ternyata itu adik saya.
Iklan
"Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tapang, Tumpat pada jam 10 pagi tadi (Isnin),” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan di bilik gerakan Tumpat berkenaan satu objek dipercayai mayat yang dijumpai oleh orang awam di sungai Kampung Baru Nelayan.
"Apabila polis tiba mendapati, satu mayat terapung dalam keadaan terlungkup di tengah sungai dan lengkap berpakaian.
"Berdasarkan pemerhatian awal tiada unsur jenayah dan mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat,” katanya.
Tambah beliau, bedah siasat mendapati sebab kematian akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Walaupun motosikal yang ditunggang tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan, dua anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang tetap tampil membantu atas dasar kemanusiaan dengan menunda sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang mengalami kerosakan sejauh tiga kilometer (km), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Sarjan Yufaiza Azha Yunos, 41, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin di Jalan Marang-Bukit Payung (Bukit Kor) berhampiran sebuah universiti swasta yang tidak berpenghuni.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768511/berita/semasa/abang-trafik-tunda-3km-rxz-rosak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.