Polis buru tiga tahanan lari dari PKRC
Iklan
TAWAU - Tiga tahanan sedang diburu polis selepas bertindak melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Dewan Arena Tawau, Jalan Utara, tengah malam Ahad.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, tiga suspek warga asing dikenali sebagai Niko Matheus, 25; Jimnajir Annor, 23; dan Hasyim Muhamad Syata, 34, melarikan diri melalui tingkap tandas.