ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan tablet wakalah zakat TNB Kedah kepada 10 pelajar sekolah menengah yang memerlukan di daerah Padang Terap.
Ketua Retail TNB Kedah, Wan Ishak Soed berkata, sumbangan tablet inisiatif TNB dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sireh/Kampung Datok diharap sedikit sebanyak membantu melancarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).