Dakwaan palsu: Pekerja di Kompleks Bersepadu Pengerang ditahan

Iklan

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat Kota Tinggi ditahan pihak berkuasa berhubung dakwaan palsu kehilangan ramai anggota keluarga disebabkan jangkitan Covid-19.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi kenyataan memaklumkan pekerja itu turut didakwa menerima sumbangan.

Iklan
Iklan

"Kami (Petronas) ingin mengesahkan bahawa seorang pekerja kepada kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan.

"Kami ingin menekankan bahawa kami tidak memaafkan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, kesemuanya terikat dengan tatakelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan kumpulan syarikat," menurut kenyataan itu.

Iklan

Semalam, tular mesej menerusi media sosial seorang lelaki pekerja Petronas mendakwa kononnya melalui pelbagai perkara selepas kehilangan anak, isteri, ibu dan adik-beradiknya kerana jangkitan Covid-19.

Mesej itu turut merayu orang ramai menyalurkan sumbangan atas nama pekerja terbabit. - Bernama

Iklan