Pelepasan air di Empangan Bakun bermula 8 September
Iklan
KUCHING - Sarawak Energy akan memulakan operasi pelepasan air bermusimnya secara terkawal dari kawasan tadahan di hulu Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun pada 8 September yang akan berlanjutan selama lima minggu, sehingga paras airnya kembali normal.
Syarikat utiliti negeri itu dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan paras air di kawasan tadahan Bakun dikawal dengan melepaskan sejumlah air melalui pelimpah berpagar.