Agong berkenan terima menghadap PM untuk mesyuarat pra-Kabinet
Iklan
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang pertama menerusi sidang video di Istana Negara.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama 30 minit bermula jam 8.30 pagi.