Petronas tampil video muzik ‘Demi Cinta’

Iklan
Pemandangan ceria di taman permainan dengan kanak-kanak yang gembira bermain menggambarkan harapan yang kita impikan untuk Malaysia.

SHAH ALAM – Petronas menampilkan video muzik yang menyentuh jiwa bertajuk ‘Demi Cinta’ sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, pandemik Covid-19 ini telah membawa pelbagai cabaran buat rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Namun jika kita lihat dari sudut berbeza, kita akan sedar bahawa ramai insan sanggup tampil ke hadapan menghulurkan bantuan.

Pemandangan ceria di taman permainan dengan kanak-kanak yang gembira bermain menggambarkan harapan yang kita impikan untuk Malaysia.

"Negara ini terbina daripada berbilang bangsa, agama serta latar belakang dan perbezaan kita telah menjadi sesuatu yang kita cintai mengenai negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Anita Azrina berkata, selari dengan tema perayaan Petronas tahun 2021 - ‘Stories of Joy’, Petronas mengetengahkan harapan rakyat Malaysia melalui video muzik ini.

"Ia juga bertujuan untuk mengingatkan kita bahawa walau apa jua yang terjadi, kita mampu mengharunginya bersama dengan mengetepikan perbezaan dan bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, video muzik yang berdurasi empat minit itu mengisahkan liku-liku kehidupan dan harapan rakyat Malaysia ketika mengharungi cabaran pandemik Covid-19.

Menurutnya, ia juga menceritakan bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia bersatu untuk mengetepikan perbezaan dan saling membantu dalam meringankan beban sesama kita.

Didorong oleh rasa cinta pada Malaysia, setiap karakter berharap untuk mewariskan masa depan yang lebih cerah dan lebih baik untuk anak-anak mereka.

"Kisah ini disampaikan melalui empat karakter utama dengan latar belakang yang berbeza dan menghadapi cabaran hidup yang berlainan ketika pandemik melanda.

"Walaupun masalah mereka berbeza, harapan mereka tetap serupa, ingin mewariskan masa depan yang lebih baik buat anak-anak tercinta dan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, Petronas berharap rakyat Malaysia akan terhibur menyaksikan video muzik yang julung kali dicipta itu.

Saksikan video muzik ‘Demi Cinta’ bermula 29 Ogos 2021 di laman YouTube dan Facebook rasmi Petronas.