NASA kongsi imej gunung berapi bawah laut hambur asap putih

Iklan
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan merakamkan imej gunung berapi Fukutok-Okanoba, Jepun menghamburkan asap putih di Lautan Pasifik baru- baru ini. - Foto NASA/ Joshua Stevens

MIAMI - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkongsi imej satelit sebuah gunung berapi bawah laut menghamburkan asap putih selepas ia meletus di Jepun baru- baru ini.

Agensi angkasa lepas milik Amerika Syarikat (AS) itu berkongsi gambar gunung berapi Fukutok-Okanoba di kepulauan Bonin, Lautan Pasifik selepas ia meletus pada 13 Ogos lalu di negara tersebut.

Iklan
Iklan

Gambar itu menunjukkan imej gunung tersebut menghamburkan asap putih dari 24.38 meter di bawah permukaan laut ke udara.

Imej itu dirakamkan oleh satelit Jepun, Himawani 8 dan satelit pemerhatian Bumi milik NASA iaitu Landsat 8 selepas letusan itu berlaku.

Iklan

Dalam pada itu, sebuah pulau baharu wujud kira-kira 1,200 kilometer dari selatan Tokyo selepas gunung tersebut meletus.

Pulau itu berbentuk huruf C dan mempunyai diameter kira- kira satu kilometer.

Iklan

Ia ditemui oleh Pasukan Pengawal Pantai negara itu kira-kira 50 kilometer dari selatan Iwo Jima yang merupakan sebahagian daripada kepulauan Ogasawara pada 15 Ogos lalu.

Gunung berapi Fukutok-Okanoba terletak hanya lima kilometer dari Pulau Iwo Jima. - Agensi