Bomba selamatkan 9 pemancing terperangkap di kawasan lombong

Iklan
Pihak bomba dengan bantuan orang asli berjaya menyelamatkan sembilan pemancing yang terperangkap di kawasan lombong berkenaan pada Ahad.

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan sembilan pemancing yang terperangkap di kawasan lombong di Jalan Kampung Sungai Melur, Sungai Buloh, di sini pada Ahad.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.28 petang dan seramai enam anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdapat sembilan orang awam yang pergi memancing di kawasan lombong berkenaan terperangkap akibat laluan masuk dinaiki air dianggarkan setinggi tiga meter.

"Pihak bomba dengan bantuan orang asli tiba ke lokasi mangsa terperangkap melalui akses berlainan dan mendapati semua mangsa selamat.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan mangsa dipercayai orang awam terdiri daripada enam lelaki dewasa, dua wanita dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.