Salakan anjing jadi penyelamat
Iklan
Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran di ruang tamu rumah mangsa. - Foto Ihsan bomba
SEREMBAN - Salakan anjing menyelamatkan nyawa lima beranak dalam kebakaran di rumah teres dua tingkat mereka di Taman Desa Indah di sini.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Jamaludin Latif berkata, kejadian jam 11.27 malam itu, berlaku ketika keluarga berkenaan iaitu seorang wanita bersama empat anak lelakinya berusia antara enam hingga 19 tahun sedang tidur di tingkat atas rumah berkenaan.
"Kejadian itu disedari wanita terbabit, Nurhanizah Ibrahim berusia 45 tahun, sebaik terdengar bunyi salakan anjing tanpa henti dan disusuli bunyi letupan kecil.
"Mangsa yang keluar dari bilik terkejut apabila asap sudah memenuhi ruang rumah, namun nekad meredah api di ruang tamu untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Menurutnya, tindakan itu menyebabkan mangsa melecur kira-kira lima peratus pada bahagian belakang badan dan muka.
Anggota bomba dan penyelamat mendukung seorang kanak-kanak yang diselamatkan dalam kebakaran di Taman Desa Indah. - Foto Ihsan bomba
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kesemua anaknya berjaya dibawa turun menggunakan tangga dari balkoni tingkat atas dengan dibantu oleh jiran, di mana dua daripadanya mengalami sesak nafas.
"Ketika kejadian, suami mangsa tiada di rumah. Sebaik bomba sampai, api sudah pun dipadamkan 80 peratus oleh jiran yang menyedari kejadian itu.
"Operasi itu melibatkan empat jentera dari Nilai dan Mantin dengan kekuatan 15 pegawai dan anggota,” katanya.
Sementara itu katanya, kebakaran berkenaan menyebabkan bahagian ruang tamu rumah musnah 50 peratus dan kejadian itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun katanya, siasatan penuh masih dilakukan termasuk kos kerugian ditanggung pemilik.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>