Jangan fikir halangan: Exco
Iklan
Sheikh Omar (duduk, tengah) bersama ahli Koperasi Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Kluang Berhad.
KLUANG – Peniaga pasar malam di daerah ini disaran sentiasa mempertingkat diri selaras dengan kehendak semasa pelanggan agar perniagaan yang diusahakan mampu berkembang maju pada masa akan datang.
Exco Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Johor, Sheikh Omar Ali berkata, beliau yakin peniaga pasar malam mampu menerima pendapatan melebihi mereka yang bekerja makan gaji sekiranya mereka gigih berusaha memajukan diri.
Iklan
Iklan
"Kebanyakan ahli perniagaan ternama di negara ini sebenarnya bermula dari bawah dengan menjadi peniaga kecil dan apa yang harus dilakukan adalah bijak merebut peluang dalam perniagaan dan jangan terlalu memikirkan halangan yang bakal dihadapi.
"Tidak ada rahsia mencapai kejayaan dengan jalan singkat dan peniaga perlu berpegang kepada prinsip asas iaitu 70 peratus perniagaan bergantung kepada kerja keras dan sebahagian 30 peratus bergantung kepada faktor-faktor lain," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas merasmikan Mesyuarat Koperasi Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Kluang Berhad di Balai Raya Kampung Melayu, semalam.
Menurutnya, beliau juga menggesa peniaga kecil di daerah ini agar mengambil peluang disediakan kerajaan untuk terus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di daerah ini.
Iklan
"Bagaimanapun, peniaga tidak seharusnya bergantung kepada bantuan diberikan kerajaan semata-mata, namun perlu mengambil inisiatif sendiri agar keluar dari kelompok penerima bantuan.
"Tidak perlu ada perasaan rendah diri kerana menjadi peniaga kecil dan pasar malam, sebaliknya berusaha mengembangkan perniagaan dan mewujudkan jenama diri sendiri,” katanya.
Pada masa sama, koperasi baharu di daerah ini perlu mempunyai model perniagaan kuat dan mampu mendatangkan keuntungan kepada ahli-ahlinya selain bersedia meneroka bidang baharu.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Kluang Berhad, Mohd Salleh Ahmad berkata, sehingga ini terdapat kira-kira 100 ahli koperasi yang berniaga di beberapa lokasi pasar malam di daerah ini dan berharap persatuan ini menjadi medan untuk setiap ahlinya membantu di antara satu sama lain.
Menurutnya, koperasi ini juga akan sentiasa berusaha memperbaiki dan membangunkan ahli dalam perniagaan selain memastikan kebajikan dan suara peniaga kecil sentiasa dijaga serta didengari.
"Setakat ini kami mendapat kerjasama baik daripada pemimpin setempat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan saya juga menyeru semua ahli untuk lebih komited di dalam persatuan agar segala perancangan dapat dilaksanakan," katanya.
BERITA SEMASA 28 MEI 2024
Penduduk di sekitar kawasan perumahan Kampung Melayu Lima Kedai, Iskandar Puteri, sedia berpindah susulan insiden kebakaran di sebuah kilang cat berhampiran kawasan berkenaan, pada lewat petang Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati keadaan di kawasan berkenaan dalam keadaan terkawal bagaimanapun difahamkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemeriksaan pencemaran udara di kawasan tersebut.
Justeru, dikhuatiri seandainya kualiti udara di kawasan berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan memerlukan penduduk berpindah ke lokasi sementara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667129/edisi/johor/kilang-cat-terbakar-penduduk-sedia-berpindah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com