Kabinet: Sembilan wanita, dua bertukar portfolio
Iklan
KUALA LUMPUR - Jumlah pelantikan pemimpin wanita bagi menganggotai kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyamai bilangan kabinet sebelum ini iaitu sembilan ahli Parlimen.
Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan kabinetnya pada Jumaat berkata, lima ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menjawat jawatan menteri ialah Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).