Internet 'teruk' di Kuala Krai sukarkan rakyat
Iklan
Antara aduan penduduk mengenai kesukaran mengakses internet di Kuala Krai.
KUALA KRAI - Perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang agak perlahan di Kuala Krai sejak beberapa tahun lalu menyebabkan masyarakat setempat sukar mengakses internet.
Masalah makin ketara sejak selepas banjir besar Disember 2014 sehingga adakala penduduk sukar membuat panggilan di kawasan tertentu.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, masalah ini harus diatasi segera agar rakyat di daerah ini turut dapat mengakses maklumat dengan mudah dan cepat.
Menurutnya, perkara berkenaan telah pun dibawa ke sidang Dewan Rakyat.
"Harapan saya supaya isu internet perlahan di daerah ini akan dapat diatasi.
"Saya turut menerima aduan rakyat akses internet di kawasan Hospital Kuala Krai baharu agak perlahan," katanya
Beliau berkata, ketika ini semua kemudahan perlukan capaian internet.
"Apabila internet perlahan,ia membantutkan segala urusan dan juga perhubungan.
"Selain daripada itu harga perkhidmatan streamyx ketika ini juga perlu dikaji semula kerana agak mahal walaupun tidak ada persaingan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>