Tidak kira pandemik, kotor atau bahaya

Iklan

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lepas akibat pandemik Covid-19, kita telah banyak menghabiskan sebahagian besar masa di rumah berbanding luar.

Ini bermakna aktiviti penggunaan tandas, bilik air, mesin basuh pakaian dan sinki dapur meningkat sehingga penghasilan air kumbahan domestik dianggarkan akan meningkat daripada 5,887.4 juta liter sehari pada tahun 2019 kepada 6,205.53 juta liter sehari pada 2021.

Iklan
Iklan

Biarpun ada sektor perniagaan yang tidak beroperasi semasa PKP tetapi syarikat pembetungan negara, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd yang bergerak sebagai perkhidmatan penting (essential service) terus dengan siaga merawat air kumbahan tanpa henti.

Tanpa mengira pandemik semasa ataupun kotor, sukar dan berbahaya, Loji Rawatan Kumbahan (LRK) yang diselenggara IWK beroperasi tanpa henti 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun.

Iklan

Bagi premis domestik yang bersambung dengan LRK selenggaraan IWK, air kumbahan yang terhasil ini akan mengalir di dalam paip pembetungan bawah tanah yang akan sampai ke LRK untuk diproses sebelum dilepaskan ke sistem pengairan (sungai, parit dan laut).

Namun, masih ramai dalam kalangan masyarakat mungkin tidak ambil tahu proses air kumbahan kerana jika tidak ada masalah tandas tersumbat, mungkin ada yang beranggapan air kumbahan ini akan hilang begitu sahaja selepas dipam (flush).

Perkhidmatan nyahenap cemar oleh IWK.

Iklan

Tahukah anda bahawa sistem pembetungan Malaysia telah melalui pelbagai peringkat penambahbaikan sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Secara ringkas, ia bermula dari jenis sistem tandas tradisional seperti tandas atas sungai, tandas angkut, tandas palong, tandas gantung dan tandas curah sehinggalah kepada sistem pembetungan moden seperti tangki septik individu/komunal, tangki Imhoff, kolam oksidasi dan sistem bersambung terus ke LRK berskala besar.

Tanggungjawab

Pada tahun 1993, kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada IWK untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, yang mana sebelum ini ia di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT).

Malah, kerajaan Persekutuan baru-baru ini juga bersetuju untuk menyambung perjanjian konsesi ini melalui suatu keputusan kabinet yang dikeluarkan Oktober tahun lalu.

Sejak penubuhan, IWK telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada kira-kira 101 PBT kecuali Sabah, Sarawak, sebahagian dari kawasan operasi Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Kini, Malaysia mempunyai sistem pembetungan moden dan canggih. Kebanyakan LRK besar dan berteknologi tinggi dibina terutama bagi tujuan rasionalisasi serta menggantikan loji-loji kecil kepada loji serantau, beroperasi menggunakan peralatan elektrik berkuasa tinggi.

Terdapat lebih daripada 7,000 buah LRK awam di bawah seliaan dan penyelenggaraan IWK.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, kos operasi dan penyelenggaraan IWK yang melibatkan kos tinggi antara lainnya adalah berkaitan caj elektrik.

Saban tahun, kos ini akan meningkat dengan pertambahan kepada loji-loji rawatan kumbahan awam yang diambil alih IWK.

Sebagai contoh, kos elektrik pada tahun 2000 adalah sebanyak RM22.52 juta tetapi meningkat sehingga RM256.30 juta pada tahun lepas. Ini menunjukkan kos elektrik meningkat 10 kali ganda dalam masa 20 tahun.

"Pertambahan aset-aset pembetungan yang lama dan berusia juga menyumbang kepada peningkatan kos operasi.

"Ini kerana, kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih perlu dibuat bagi memastikan air kumbahan terawat yang dilepaskan ke perairan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Kolam pengoksidaan.

"Sehingga Jun 2021, pematuhan IWK kepada Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan) adalah melebihi 95% biarpun penambahan kepada loji yang perlu diambil alih IWK saban tahun,” jelasnya.

Katanya, bebanan kewangan yang ditanggung syarikat terpaksa dihadapi biarpun bukan satu penyelesaian mampan terutama bagi memastikan perkhidmatan sistem pembetungan sentiasa cekap.

Semakan tarif

Menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan penduduk seiring dengan pembangunan pesat dan ini semestinya akan memberi kesan besar kepada penghasilan air kumbahan. Namun, caj perkhidmatan pembetungan bagi pelanggan domestik masih tidak berubah sejak 1997.

Sama ada bagi perkhidmatan bersambung ataupun perkhidmatan tangki septik, caj yang dikenakan ke atas pengguna adalah jauh lebih rendah daripada kos purata operasi yang perlu ditanggung IWK.

Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini menyebut, kadar tarif pembetungan negara perlu disemak semula dengan teliti bagi menampung kos operasi dan penambahan aset IWK.

Menuru beliau, sejak perjanjian konsesi pertama IWK pada 1994 sehingga kini, IWK bertanggungjawab terhadap pengurusan aset utama sistem pembetungan membabitkan lebih daripada 7,000 LRK serta menyelenggara paip pembetungan sepanjang 22,000 kilometer.

Malah, IWK juga diminta menyelenggara kira-kira 1.3 juta tangki septik individu dan lebih 800,000 tangki tandas tradisional, peningkatan hampir 10 kali ganda berbanding konsesi awal yang dimeterai.

Untuk itu, jelas Narendran, purata kos penyelenggaraan sistem pembetungan bagi setiap premis bersambung adalah kira-kira RM17 sebulan, berbanding caj semasa yang dikenakan pengguna domestik adalah antara RM2 hingga RM8 sebulan.

Tambahnya, semakan tarif perkhidmatan pembetungan wajar diberi perhatian dan apabila muncul ancaman baharu jenayah alam sekitar yang lebih rencam terutamanya pelepasan sisa terlarang kedalam sistem pembetungan awam.

Apa yang pasti katanya, di sebalik segala cabaran itu IWK komited dan terus berusaha melaksanakan mandatnya untuk mengendali dan menyelenggarakan sistem pembetungan awam dengan cekap dalam apa juga keadaan.