Celcom sumbang RM100,000 kepada pasukan pertahanan

Iklan
Ketua Pegawai Operasi dan Teknologi Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah (kanan) menyerahkan simbolik sumbangan RM100,000 kepada Affendi.

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) terus meletakkan wira barisan hadapan negara dekat di hati dengan menghulurkan pelbagai sokongan dan bantuan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta ahli keluarga mereka sempena sambutan Hari Pahlawan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, Celcom menyumbangkan bantuan makanan dan digital bernilai RM100,000 kepada pasukan pertahanan Malaysia untuk meringankan bebanan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan makanan akan diagihkan ke kem Mentakab, Pahang; Gong Badak, Terengganu; Sepanggar, Sabah, serta Markas Medan Barat, Sungai Besi, dan Universiti Pertahanan Malaysia di Kuala Lumpur.

Idham

"Beberapa anak anggota turut menerima sumbangan komputer riba dan tablet melalui program MyBaikHati, untuk membantu pembelajaran dari rumah.

Iklan

"Pasukan pertahanan merupakan tunggak keselamatan negara dan memainkan peranan utama dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia pada tempoh mencabar ini.

"Ketika wira barisan hadapan negara menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan keselamatan kita, Celcom menghulurkan tangan untuk memenuhi keperluan digital dan kesalinghubungan kepada mereka dan ahli keluarga.

Iklan

"Kami menyanjung dan menghargai warga Malaysia dalam pasukan pertahanan tersebut atas pengorbanan mereka yang begitu besar dalam melindungi negara dan menjaga keselamatan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pada 17 Ogos 2021 lalu Celcom menyerahkan bantuan tersebut kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di MINDEF, di mana beliau turut melancarkan pelan pascabayar khusus untuk pasukan pertahanan, iaitu Pahlawan MEGA.

"Pelan pascabayar khas tersebut menawarkan perkhidmatan kesalinghubungan untuk anggota tentera dan ahli keluarga serendah RM88 sebulan dan Family Line pada RM40 bagi setiap talian tambahan,” katanya.

Idham berkata, Celcom juga akan menyumbang lapan set alat penumpu oksigen bernilai RM40,000 kepada Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada September 2021, untuk membantu usaha hospital tersebut menguruskan pesakit Covid-19 dan tangki oksigen kepada Hospital Selayang.

Affendi (depan, dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi dan Teknologi Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah (depan, kanan) ketika melancarkan Pakej Pahlawan MEGA Celcom.

Sebelum ini, Celcom telah memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada kemudahan rakyat dan frontliners di negara ini.

Antaranya ialah Celcom menyokong penambahbaikan kualiti rangkaian dan liputan di lebih 1,500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara dan membantu Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley Special Task Force, Pusat Perubatan Universiti Malaysa, CPRC Putrajaya dan CAC Gombak dalam mengendali kes Covid-19 yang tinggi di Lembah Klang melalui bantuan seperti 100 unit telefon pintar, Celcom Home Wireless, komputer riba, dan pek SIM prabayar.