MBSB catat untung sebelum cukai RM403.41 juta pada suku kedua

Iklan
Nor Azam

SHAH ALAM- Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mencatatkan peningkatan Untung Selepas Cukai (PAT) pada suku kedua 2021 (2Q21) berbanding suku tahun sebelumnya.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Nor Azam M Taib berkata, MBSB menunjukkan prestasi baik apabila memperoleh PAT sebanyak RM403.41 juta pada 2Q21 iaitu RM340 juta lebih tinggi daripada RM63.41 juta pada suku pertama 2021 (1Q21).

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan tahun ke tahun terdapat peningkatan PAT sebanyak RM415.92 juta daripada kerugian bersih RM12.51 juta pada 2Q20.

Tambah beliau, pendapatan menurun sebanyak 2.35 peratus atau RM16.04 juta kepada RM664.94 juta berbanding RM680.98 juta pada 1Q21 disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah daripada penjualan pelaburan kewangan pada 2Q21.

Iklan

"Hasilnya disebabkan oleh kerugian kredit yang dijangka (ECL) lebih rendah dan menyumbang kepada penurunan hutang bersih serta nilai berikutan peningkatan pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan.

"Ini juga menunjukkan kecekapan peningkatan rancangan perniagaan yang kami jalankan dengan tekun sejak awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah aset MBSB meningkat sebanyak 1.80 peratus kepada RM50.84 bilion pada 2Q21 daripada RM49.94 bilion pada suku pertama terutamanya dalam pelaburan kewangan dan jumlah pembiayaan bersih.

Selain itu deposit pula meningkat sebanyak 0.22 peratus kepada RM35.68 bilion pada 2Q21 berbanding RM35.60 bilion pada 1Q21 dan 4.97 peratus berbanding RM33.99 bilion pada 2Q20.

"Melihat nisbah kewangan utama, Nisbah Kos kepada Pendapatan (CIR) berada pada 24.01 peratus pada 2Q21, sedikit penurunan berbanding 24.03 peratus pada 1Q21.

"Nisbah Tahap Ekuiti Biasa (CET-1) merosot sedikit kepada 21.06 peratus pada 2Q21 berbanding 21.20 peratus pada 1Q21, sementara Nisbah Liputan Kecairan Kumpulan (LCR) berada pada 220.09 peratus pada 2Q21 berbanding 202.67 peratus pada 1Q21 dan mematuhi Bank Negara Keperluan Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, margin untung bersih untuk 2Q21 menurun kepada 3.42 peratus pada 2Q21 berbanding 3.51 peratus pada 1Q21 disebabkan oleh purata hasil pembiayaan yang rendah dan kenaikan kos pembiayaan pada suku tersebut.

Ujarnya, Pulangan Bersih Ekuiti pula meningkat kepada 10.41 peratus pada 2Q21 berbanding 2.91 peratus pada 1Q21 disebabkan peningkatan keuntungan pada suku tersebut.

"Liputan kerugian pembiayaan berada pada 94.31 peratus pada 2Q21 berbanding 104.17 peratus pada 1Q21 sementara Nisbah Terjejas Bersih meningkat kepada 2.66 peratus daripada 2.99 peratus pada 1Q21,” katanya.

Berkongsi rancangan untuk anak syarikat utamanya iaitu MBSB Bank Berhad, Nor Azam menyatakan bahawa MBSB akan mengekalkan strategi utamanya dengan memastikan struktur kos yang ketat bagi membolehkan ia melabur dalam peluang pertumbuhan dan memberikan pulangan yang berlanjutan kepada pemegang kepentingannya.

"Kami sangat prihatin terhadap sekatan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan apabila banyak industri tidak dibenarkan beroperasi sekali gus menimbulkan akibat yang serius terhadap ekonomi.

"Sebagai institusi kewangan, adalah tanggungjawab kita untuk memberikan perkhidmatan dengan sebaik mungkin, walaupun ketika sukar,” katanya.