Tragedi kepala air: Mayat kelima ditemui bawah timbunan kayu
Iklan
Anggota SAR membawa keluar mayat mangsa kelima yang ditemui di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun, Yan pada Ahad.
YAN - Mayat kelima mangsa tragedi kepala air ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Titi Hayun di sini pada Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, mayat Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui pada jam 3.23 petang di bawah timbunan kayu di kawasan berkenaan ketika operasi pencarian memasuki hari kelima.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, mayat yang berada dalam keadaan sempurna itu berjaya dikeluarkan pada jam 3.28 petang.
"Operasi SAR akan diteruskan untuk mencari mangsa terakhir di kawasan Titi Hayun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Iklan
Pada Sabtu, pasukan penguat kuasa dan agensi yang menjalankan operasi SAR dilaporkan menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa termasuk Ku Shuib.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pasukan SAR tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa keempat tragedi kepala air ditemui
Kepala air di Gunung Jerai: Tiga maut, tiga lagi masih hilang
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>