29,000 kasut tiruan jenama popular dirampas
Iklan
Rosli (dua, kiri) menunjukkan kasut tiruan pelbagai jenama yang dirampas.
NILAI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan berjaya merampas 29,000 pasang kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama popular bernilai RM1.2 juta dalam serbuan di empat stor simpanan di rumah kedai di sini, semalam.
Timbalan Pengarah Cawangan Operasi Khas, Rosli Ahmad berkata, serbuan jam 12.30 tengah hari itu yang melibatkan 12 penguatkuasa dilakukan selepas risikan pihaknya selama dua minggu.
Iklan
Iklan
"Premis yang diserbu ini dipercayai menyimpan kasut dan selipar tiruan pelbagai jenama seperti Nike, Adidas, Puma dan Louis Vuitton bagi tujuan jualan secara borong kepada peniaga runcit di Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Klang.
"Malah siasatan juga mendapati, kesemua premis ini merupakan antara pembekal utama kasut tiruan di negeri ini dan dimiliki oleh seorang warga tempatan," katanya pada sidang media di stor penyimpanan KPDNHEP Nilai di sini.
Iklan
Menurutnya, pemilik premis yang disyaki sudah beroperasi antara tiga hingga empat minggu itu telah pun dikenal pasti dan sedang dikesan untuk siasatan lanjut.
Selain itu katanya, kesemua barangan berkenan dijual dengan harga RM50 hingga RM70 sepasang yang mana jauh lebih murah berbanding harga produk tulen iaitu antara RM200 hingga RM300.
Iklan
"Ketika serbuan, seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun iaitu penjaga premis telah ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.
"Kesemua barangan tiruan ini yang dipercayai di bawa masuk dari luar negara biasanya dijual secara dalam talian dan pasar malam serta tidak dijual di premis tetap bagi elak dikesan," katanya.
Rosli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987.
Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>