KOTA KINABALU - Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu akan mengukuhkan lagi hubungan antara Sabah dan Persekutuan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan GRS menyokong penuh pelantikan beliau dan berharap hubungan Sabah dan Persekutuan akan mempercepatkan usaha membangunkan negeri dan mengambil kira hak-hak Sabah.