Cabaran AEIOU dapat sambutan

Iklan
Antara pemenang Cabaran AEIOU yang dianjurkan Alliance Bank.

SHAH ALAM - Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) menerusi program celik kewangannya, Cabaran AEIOU Alliance Bank musim ke-6 yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM30,000 telah mendapat sambutan apabila menerima lebih 58,000 penyertaan dari seluruh negara.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, matlamat Program Cabaran AEIOU adalah untuk memupuk tabiat pengurusan wang yang bijak dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, Cabaran AEIOU pada musim ke-6 yang bertemakan, Menabung Untuk Kecemasan: Persediaan Semasa Krisis dianjurkan secara digital.

Iklan

"Saya kagum dengan kehebatan peserta muda yang bersemangat untuk menguji pengetahuan kewangan mereka melalui pertandingan ini, meskipun berdepan dengan situasi kini yang amat luar biasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rizal IL-Ehzan Fadil Azim

Iklan

Cabaran AEIOU ujarnya, menyokong aspirasi negara untuk membangunkan warganegara yang celik kewangan dengan meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Program ini juga selari dengan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, iaitu mengetengahkan keutamaan strategiknya untuk menanamkan kelakuan pengurusan kewangan yang lebih positif dan membentuk tingkah laku kewangan yang bertanggungjawab sejak usia muda,” katanya.

Seramai 40 pelajar berumur antara 9 hingga 12 dari sembilan negeri bersaing menerusi pengetahuan kewangan mereka di peringkat akhir maya Cabaran AEIOU baru-baru ini.

"Para finalis disenarai pendek daripada lebih 58,000 penyertaan dalam kedua-dua Cabaran Komik Kewangan AEIOU (Cabaran Komik) dan Cabaran e-Permainan Kewangan AEIOU (Cabaran e-Permainan),” katanya.

Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lee Rubber, Kuala Lumpur, Ata Abd Aziz, 11, muncul juara Cabaran Komik dan e-Permainan dan pelajar dari SJK (C) Chung Hua Miri, Sarawak, Ryan Wong Kee Hui, 9, memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.

Majlis penyampaian hadiah diadakan secara maya dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit Kurikulum, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Abdul Hadi Abdul Rahman.

Cabaran AEIOU juga mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dan Bank Negara Malaysia, Cabaran AEIOU berafiliasi dengan Financial Education Network (FEN) BNM. Program ini juga disokong oleh Faber-Castell, Limkokwing University of Creative Technology dan SmartStudy.

Pada tahun ini, Cabaran AEIOU telah memperkenalkan Faber-Castell Special Award untuk menggalakkan pelajar-pelajar menunjukkan bakat mereka di media sosial dan Limkokwing Creativity Award untuk mendorong pembelajaran melalui permainan.