Sultan Johor terima Sijil Kelayakan Pemandu Kanan Lokomotif

Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mempunyai minat mengumpul kenderaan dan mempunyai pelbagai koleksi unik sekali lagi tampil kelainan apabila menerima Sijil Kelayakan Pemandu Kanan Lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Penghargaan berkenaan diterima baginda selepas memiliki lesen memandu kereta api sejak tahun 2010 dan diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Shamsudin dalam satu majlis yang diadakan di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, hari ini.

Iklan
Iklan

Pada majlis yang sama, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sijil penghargaan kerana bercemar duli memandu tren terakhir Lokomotif Kelas 26 (26108 Tanjung Kupang) keluar dari Stesen Tanjong Pagar, Singapura ke Stesen Johor Bahru pada 1 Julai 2011.

Sejurus majlis itu, tuanku kemudian mencemar duli untuk memandu tren khas bagi perjalanan Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

Iklan

Sultan Johor memandu tren khas itu yang berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 9 pagi sebelum berhenti di Stesen Keretapi Segamat.

Difahamkan, pengisian yang mahu diambil tuanku adalah untuk meninjau sendiri keadaan kebersihan pengangkutan rel demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Iklan

Baginda kemudiannya selamat tiba di Stesen Keretapi Segamat kira-kira jam 12.10 tengah hari.