Kantoi seludup air zam zam

Iklan
Air zam-zam yang dirampas JKDM menerusi pemeriksaan terhadap kontena di Pelabuhan Johor Pasir Gudang.- Foto JKDM

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita dua buah kontena mengandungi 55,000 liter air zam-zam di Pelabuhan Johor Pasir Gudang di sini pada 5 Ogos lalu.

Pengarah Kastam Johor, Sazali Mohamad berkata, pemeriksaan ke atas kontena terbabit menemukan 11,000 botol air zam zam dipercayai tidak mempunyai permit yang sah dianggarkan bernilai RM412,500 membabitkan cukai sebanyak RM107,250.

Iklan
Iklan

"Siasatan juga mendapati dagangan tersebut diikrar membawa 'artificial flower' atau bunga tiruan.

"Bagi tujuan import, air zam zam diklasifikasikan sebagai dagangan terlarang di bawah Butiran 74, Jadual Ketiga Bahagian 1, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, seorang pekerja gudang warga tempatan berusia 56 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

"Perbuatan pengikraran tidak benar terhadap pengimportan air zam zam dengan mengikrar dagangan sebagai bunga tiruan dengan tujuan mengelakkan daripada permit import semasa pengimportan dan dikenakan cukai yang tinggi," katanya.

Iklan

Katanya, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak kastam dalam memerangi jenayah penyeludupan.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran. Kita menjamin semua identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan," katanya.