Bas bawa ahli Parlimen BN tiba di Istana Negara

Iklan
Sebuah bas yang membawa masuk beberapa ahli Parlimen dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara. - FOTO ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Sebuah lagi bas dipercayai membawa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tiba di Istana Negara pada jam 2.25 petang.

Antara yang kelihatan menaiki bas yang disewa khas itu Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta beberapa individu lain dipercayai ahli Parlimen BN.

Iklan
Iklan

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli-ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi.

Difahamkan kehadiran ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Iklan

Sesi menghadap ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Iklan

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.