MCC bantu 400 penggiat seni di Kelantan

Iklan
Pengerusi Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC), Nik Faiz Nik Amin (dua dari kanan) menyampaikan bakul makanan kepada 100 penerima di Taman Kemahkotaan @ Pata Ndo, Tumpat pada Rabu.

TUMPAT - Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) menyampaikan bakul makanan kepada 400 penggiat seni di seluruh Kelantan bagi meringankan beban mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi MCC, Nik Faiz Nik Amin berkata, sumber pendapatan penggiat seni terjejas teruk akibat Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, MCC bukan sahaja berperanan menjana industri kraf, namun ketika ini penting untuk membantu golongan tersebut meneruskan kehidupan dalam tempoh kesukaran pandemik.

"MCC bekerjasama dengan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan golongan seni yang terjejas.

Iklan

"Bantuan tidak terbatas kepada golongan seni sahaja, malahan MCC juga membantu orang lain yang terjejas termasuk peniaga,” katanya kepada pemberita di Taman Kemahkotaan @ Pata Ndo di sini pada Rabu.

Beliau sebelum itu mengagihkan bakul makanan MCC dengan kerjasama Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) kepada 100 peniaga Pasar Malam Geting yang terjejas.

Iklan

Agihan dilaksanakan secara pandu lalu yang turut dihadiri, Presiden KKCK, Pui Tiong Lam.

Beliau berkata, sumbangan dimulakan dengan memberi tumpuan kepada golongan sasar di Kelantan dan akan diteruskan ke Pahang dan Terengganu selepas ini.

"Dana diperoleh daripada pelbagai pihak antaranya badan swasta dan korporat dengan menyediakan keperluan seperti minyak masak, beras, gandum dan gula.

"MCC berharap bantuan akan meringankan beban mereka dan meminta semua patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) agar negara segera pulih daripada Covid-19,” katanya.