Pas buka pintu ‘25 jam sehari’ kepada SPRM
Iklan
Tuan Ibrahim ditemui ketika ceramah Perdana anjuran UMNO dan Pas, di sini, malam tadi. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SEMENYIH - [DIKEMASKINI] Pas membuka pintu seluasnya buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pemimpinnya yang didakwa menerima wang berjumlah RM90 juta daripada UMNO.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk mereka melengkapkan siasatan kes tersebut.
Iklan
Iklan
"Kita buka pintu 25 jam sehari kepada SPRM untuk disiasat. Bagi pihak parti, kita akan bagi kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka
"Kita tiada halangan. Pejabat kita sentiasa terbuka dan kita akan beri kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana anjuran UMNO dan Pas, di sini, malam tadi.
Iklan
Ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai bukti Pas membayar wang kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, Tuan Ibrahim menegaskan bukan tanggungjawab Pas untuk buktikan kenyataan itu.
"Bukan tanggungjawab kita untuk buktikan. Tak boleh dia tuduh dan suruh kita laporkan, itu bukan kerja kita.
Iklan
"Bagi kita, isu tersebut sudah selesai dan dokumen rasminya tiada sebarang pembayaran,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berpendapat serangan bertali arus kepada Pas tidak menjejaskan mood pengundi di Semenyih.
"Kami tambah kuat walaupun fitnah itu tiap hari dimainkan. Fitnah ini mula-mula bolehlah tapi lama-lama orang naik muak
"Kita tengok reaksi selepas pilihan raya, tidak ramai yang termakan dengan isu ini,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Tiga minggu tempoh munasabah, jangan prasangka SPR - Ab Rauf"><meta itemprop="description" content="Penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dianggap munasabah bagi memberi ruang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan termasuk aspek logistik.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, tempoh berkenaan tidak terlalu panjang seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya wajar bagi memastikan urusan pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799387/berita/politik/prn-melaka-tiga-minggu-tempoh-munasabah-jangan-prasangka-spr---ab-rauf
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #PRNMelaka #AbRauf"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-07T12:58:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbjipaq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbjipaq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbjipaq"></script>