'Tawaran bukan nak beli sorang dua, dia borong semua'

Iklan
Mujahid Yusof

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berniat untuk membeli kesemua ahli Parlimen pembangkang dengan tawaran kerjasama rentas parti yang dibentangkan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, seharusnya kerajaan ketika ini menyelesaikan masalah majoriti yang dihadapi terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Ucapan Mahiaddin (Muhyiddin) tadi bukan nak beli sorang dua ahli Parlimen. Dia borong semua.

"Bagus la. Tapi hang (Muhyiddin) tidak selesai perkara pokok. Ada majoriti ke nak buat semua ini? Perkara 43 (4) selesaikan dahulu, baru kita bincang bab durian kot mana pun,” ciapnya di halaman Twitternya pada Jumaat.

Iklan

Pada petang Jumaat, Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Menurutnya, cadangan itu dibuat bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Iklan

Pada masa sama, ia bagi mengelakkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik berterusan dan tidak diselesaikan segera.

Beliau berkata demikian menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Perutusan itu dibuat ekoran timbul dakwaan berhubung status keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri sudah tiada kerana kehilangan majoriti.