10 lokaliti Sabah, Pahang dikenakan PKPD bermula Ahad ini

Iklan
10 lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos ini.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap 10 lokaliti melibatkan negeri Sabah dan Pahang bermula 15 Ogos hingga 28 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Pulutan, Kampung Mansiang dan Tapak Bina Hyatt Centric, Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, turut terlibat Kampung Brunei, Membakut dan Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Lumat, Beaufort; Kampung Rancangan Kalabakan; Kampung Mangaris 2, Kota Marudu dan Kampung Contoh, Putatan, Sabah.

"Lorong Mat Salleh Batu 2, Jalan Apas, Tawau, Sabah dan Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands, Pahang juga dikenakan PKPD.

Iklan

"Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Siansai Dundau, Kota Belud; Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Tawau; Kampung Sembulan Tengah & Lama, Kota Kinabalu dan Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Sabah berkuat kuasa dari 15 Ogos sehingga 28 Ogos.

Iklan

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di 20 lokaliti di negari Sabah dan Pahang ditamatkan pada 14 Ogos seperti yang dijadualkan.

Jelas beliau, lokaliti di Sabah melibatkan Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Jalan Apas dan Taman Berjaya, Tawau Sabah.

"Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan, Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau, Keningau; Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi, Kudat juga ditamatkan PKPD.

"Turut sama, tiga lokaliti di Sandakan iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati. Selain itu, Taman Sempelang, Kota Kinabalu; Kampung Tengah Padang, Putatan; Kampung Babagon, Penampang, Sabah dan Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab, Temerloh, Pahang.

Tambah Hishammuddin, Pos Iskandar, Bera, Pahang ditamatkan PKPD pada 14 Ogos lebih awal dari yang dijadualkan iaitu 15 Ogos.