Keluaran getah asli meningkat 37.8 peratus
Iklan
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.8 peratus pada Jun 2021 kepada 38,807 tan metrik berbanding 28,164 tan metrik pada bulan sebelumnya. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.8 peratus pada Jun 2021 kepada 38,807 tan metrik berbanding 28,164 tan metrik pada bulan sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan pengeluaran meningkat iaitu 15.7 peratus berbanding 33,531 tan metrik pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Iklan
Iklan
"China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli apabila menyumbang 53.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Jun 2021, diikuti Finland (7.5 peratus), Amerika Syarikat (5.7 peratus), Jerman (2.5 peratus) dan Brazil (2.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, sarung tangan merupakan eksport utama produk berasaskan getah dengan nilai sebanyak RM6.4 billion pada Jun 2021, meningkat sebanyak 16.6 peratus berbanding Mei 2021 (RM5.5 billion).
Iklan
Jelasnya, Amerika Syarikat mendahului sebagai negara pengimport tertinggi sarung tangan getah apabila mencatatkan nilai RM2.7 billion, diikuti Jerman (RM440.6 juta) dan India (RM201.9 juta).
"Stok getah asli menurun 0.02 peratus pada Jun 2021 kepada 242,110 tan metrik berbanding 242,167 tan metrik pada bulan sebelumnya.
Iklan
"Harga purata bagi Lateks Pekat pula merekodkan penurunan sebanyak -11.3 peratus kepada 564.62 sen sekilogram berbanding 636.76 sen sekilogram.
"Keadaan yang sama turut berlaku kepada semua jenis Getah Mutu Malaysia (GMM), masing-masing G.M.M. CV (-11.1 peratus), G.M.M. L (-11.2 peratus), G.M.M. 5 (-2.5 peratus), G.M.M. GP (-2.5 peratus), G.M.M. 10 (-2.5 peratus) dan G.M.M. 20 (-2.5 peratus),” katanya.
Tambah beliau, laporan juga menunjukkan penggunaan getah asli di peringkat domestik juga menunjukkan penurunan -17.6 peratus kepada 34,862 tan metrik berbanding 42,304 tan metrik pada Mei 2021.
Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara dalam talian (e-Census) sedang dilaksanakan di seluruh negara sehingga liputan penuh dapat dicapai.
Semua penduduk Malaysia diharap dapat memberikan kerjasama bagi memastikan tiada yang ketinggalan kerana data anda masa depan kita.
Untuk makluman lanjut, boleh layari portal Banci Malaysia 2020 di www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>