Polis dikerah kawal kesesakan PPV Hotel Grand Seasons

Iklan
Pihak polis telah ambil tindakan segera dengan arahkan pasukan pematuhan ke PPV berkenaan bagi mengawal keadaan. - Foto Wilayahku

KUALA LUMPUR - Keadaan di sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Seasons yang sesak dengan warga asing pagi tadi kembali terkawal.

Ia selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah ke lokasi itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke pusat tersebut bagi mengawal keadaan.

"Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagai SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

"Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai," memetik kenyataan itu.

Terdahulu, tular di media sosial video yang menunjukkan ratusan warga asing berpusu-pusu mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’.

Iklan

Mereka didakwa gagal mematuhi SOP ditetapkan termasuk penjarakan fizikal. - Awani