SHAH ALAM - Petugas sukarelawan Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerima sumbangan berjumlah RM50,000 yang disalurkan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Kelab PLUS.
PLUS dalam kenyataannya berkata, cek bernilai RM30,000 dan RM20,000 itu masing-masing diserahan oleh Yang di-Pertua PSKLM, Datuk Azman Ismail dan Presiden Kelab PLUS, Nizam Ismail kepada Dr Rahimie Sayutti dari Primer Cherang selaku rakan penasihat perubatan PPVI PLUS.