Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ishak Alwi
Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pelumba basikal kebangsaan, Ishak Alwi yang meninggal dunia kelmarin - Foto FB Istana Negara
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pelumba basikal kebangsaan, Ishak Alwi yang meninggal dunia pada Sabtu.
Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi pada Isnin menyatakan Seri Paduka Baginda berdua menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada sukan lumba basikal negara.
Iklan
Iklan
"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada negara amat dihargai. Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," demikian menurut hantaran itu.
Iklan
Allahyarham yang merupakan adik kepada seorang lagi pelumba basikal negara, Rosman Alwi yang terkenal dalam acara pecut dan satu kilometer ujian masa pada era 80-an.
Allahyarham juga pernah mewakili pasukan lumba basikal kebangsaan di Kejohanan Remaja Dunia di Paris, Perancis pada 1984. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak manis datang sendiri' - Hasan cadang semua bekas PM dijemput hadiri Sambutan Hari Kebangsaan"><meta itemprop="description" content="Seorang ahli Parlimen kerajaan mencadangkan supaya Kementerian Komunikasi membuat jemputan rasmi kepada semua bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun akan datang.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim berkata, tradisi sama turut dibuat di negara maju lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda mengenang jasa bekas pemimpin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805836/berita/nasional/tak-manis-datang-sendiri---hasan-cadang-semua-bekas-pm-dijemput-hadiri-sambutan-hari-kebangsaan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #bekaspmdijemputhadirisambutanharikebangsaan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-23T10:36:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbz3e6m"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbz3e6m"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbz3e6m"></script>