Dakwaan kerajaan hilang majoriti hanya diketahui September depan
Iklan
Che Abdullah dalam sidang medianya di PPV Dewan Seri Seroja pada Sabtu. - Foto Sinar Harian HALIM WAHID
PUTRAJAYA - Pas menyifatkan dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah kehilangan majoriti akan dibuktikan di Dewan Rakyat pada September ini.
Timbalan Pengerusi Lajnah IT dan Data Raya Pas Pusat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelbagai pihak menyifatkan kerajaan sudah hilang majoriti, namun ada juga yang menganggap kerajaan masih mempunyai majoriti.
Iklan
Iklan
"Jadi, perkara itu akan dibuktikan pada bulan September nanti insya-ALLAH,” pada sidang medianya di PPV Dewan Seri Seroja pada Sabtu.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan pelbagai pihak terutama pembangkang yang mendakwa kerajaan telah hilang majoriti.
Iklan
Pada 3 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>