Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih tanpa permit
Iklan
SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 45,000 anak pokok kayu putih (eucalyptus) bernilai RM11,700 dari China kerana tiada permit import dan sijil fitosanitasi.
Menurut kenyataan Maqis Selangor, kesemua anak pokok itu cuba dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an menggunakan empat buah bagasi sekitar jam 4 petang pada Rabu.