Semua jenis vaksin perlu dos ketiga lawan varian Delta

Iklan
Yahya Mat Arip

SHAH ALAM - Kesemua jenis vaksin yang digunakan di negara ini memerlukan dos ketiga bagi meningkatkan semula kemampuan antibodi badan untuk berhadapan dengan varian delta.

Pakar Virologi Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip berkata, ini kerana varian tersebut mempunyai mutasi yang sangat hebat menyebabkan sebaran lebih luas dan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Iklan
Iklan

Jelasnya, menurut kajian, ketiga-tiga vaksin tersebut terjejas dan keberkesanannya menurun apabila berhadapan dengan varian delta.

"Apabila berlaku mutasi, antibodi yang terhasil sebelum ini, hasil dari vaksin yang telah kita ambil hadapi masalah untuk berinteraksi atau mengenali virus yang masuk.

Iklan

Apabila berkurang, maka keberkesanan vaksin berkurang.

"Jadi, cara untuk atasinya adalah dengan meninggikan semula kepekatan dan jumlah antibodi yang ada.

Iklan

"Kesemua vaksin terjejas.

Tidak kira vaksin apapun akan berlaku sedikit terjejas kepada keberkesanan vaksin.

Pfizer daripada 90 peratus kepada 88 peratus.

Begitu juga AstraZeneca kepada 67 peratus.

"Tidak ada satu yang menghairankan sekiranya keberkesanan vaksin menurun sedikit apabila berdepan dengan delta varian.

Jadi, semua vaksin adalah terjejas. Cumanya banyak atau sedikit sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke 278 yang bertajuk Varian Delta: Ancaman Sistem Negara yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.

Turut menjadi panelis, Penasihat (Penyelidik) Khazanah Research institute, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan Presiden Cuepacs, Adnan Mat manakala Edlynna Hanie Hamid selaku moderator.

Tambahnya, tiada sebarang isu yang berbangkit berkaitan masalah vaksin Sinovac yang memerlukan dos ketiga sebagai dos perangsang bagi melawan sesuatu varian itu.

Jelas beliau, ketiga-tiga jenis vaksin yang digunapakai negara ini telah melakukan kajian dan memerlukan dos ketiga untuk hadapi varian bahari iaitu delta.

"Sebagai contoh, Israel negara pertama yg melaksanakan dos ketiga kepada Pfizer untuk meningkatkan semula kemampuan antibodi untuk berhadapan dengan varian delta.

"Jadi, Sinovac juga terkesan. Bila terkesan, maka cadangan penyelesaian yang sama digunakan iaitu guna dos ketiga,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Buat kawalan harga atau beri subsidi kit ujian kendiri

ARTIKEL BERKAITAN:'Imuniti kelompok bukan penyelesaian utama'