'Terserah kepada Idris untuk kekal atau letak jawatan'
Iklan
Ahmad Said - Foto ihsan FB Ahmad Said
KUALA TERENGGANU - Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan kepada Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk membuat keputusan sama ada terus kekal atau meletakkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipegangnya.
Ahmad bagaimanapun berkata, apa yang pasti, semua ahli Parlimen UMNO perlu akur terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Iklan
Iklan
"Arahan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dikeluarkan oleh Pusat dan UMNO negeri hanya akur terhadap apa yang telah diputuskan.
"Terserah kepada beliau (Idris) sama ada mahu terus memegang atau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada pengayuh beca dan pemandu teksi di pekarangan Pejabat UMNO di sini pada Khamis.
Iklan
Sementara itu, Ahmad berkata, tindakan beberapa ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan termasuk jawatan menteri dilihat senada dengan denyut nadi parti.
"Apa yang dilakukan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selari dengan keputusan parti.
Iklan
"Ini baru betul. Waktu parti susah, kita susah bersama. Bila senang, kita senang bersama,” katanya.
Mengulas desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan, Ahmad berkata, keputusan itu juga terserah kepada Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut.
"Jika seseorang itu bermaruah, dia tidak akan berbohong di Dewan Rakyat. Apa yang seharusnya dilakukan ialah letak jawatan.
"Apa yang kita lihat ketika Ordinan Darurat dibahaskan di Parlimen, tiba-tiba kerajaan isytihar ordinan dibatalkan tanpa tandatangan Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan semasa nak dapat proklamasi, minta Tuanku tandatangan.
"Apabila nak minta batal, Tuanku belum tandatangan lagi dah umum awal-awal. Adakah ini tindakan bermaruah. Kalau pemimpin di negara luar, sudah lama letak jawatan," katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.
Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa ijazah sarjana muda.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661773/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-harap-tiada-lagi-serangan-peribadi-semasa-kempen
Muzik: Elevate dari www.bensound.com