Polemik politik dicetuskan kluster mahkamah: Pemuda Pas
Iklan
Ir Khairil Nizam Khirudin
SHAH ALAM - Pemuda Pas meminta rakyat dan semua petugas barisan hadapan agar tidak bimbang dengan polemik politik negara yang dicetuskan oleh kumpulan tertentu dikenali sebagai kluster mahkamah.
Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, mereka yang berada dalam kluster mahkamah telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri daripada tindakan undang-undang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, usaha untuk sabotaj perancangan dan gerak kerja kerajaan dalam memerangi Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat amat dikesalkan.
"Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan dan kami akui ada kelemahan sebagai manusia tetapi meninggalkan sahabat ketika susah bukanlah amalan yang baik.
Iklan
"Saya bersama Pas akan berdiri teguh untuk bersama mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan bahawa kerajaan komited dengan agenda Pelan Pemulihan Negara dan pelbagai bantuan untuk rakyat telah dirancang akan diteruskan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri
Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO
Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi
Iklan
Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>