Khaled Nordin letak jawatan Pengerusi Boustead

Iklan
Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Boustead Holdings Berhad pada Rabu.

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, surat tersebut sudah diserahkan kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Ya, saya letak jawatan sebagai Pengerusi Boustead Holdings Berhad dan saya sudah hantar surat peletakan jawatan tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN Shamsul Anuar letak jawatan menteri

Pada Selasa, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan susulan pendirian terbaharu UMNO yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun pada Rabu mengumumkan beliau masih lagi Perdana Menteri yang mendapat sokongan ahli Parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO


Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi