Pas yakin PN masih relevan
Iklan
Che Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan berpandangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal relevan untuk rakyat di negara ini.
Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan sedia ada mengutamakan kebajikan rakyat melalui pelbagai pakej bantuan yang disalurkan terutama ketika tempoh pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Kita yakin rakyat di negara ini masih terus menyokong kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yassin dan menteri gabungan pelbagai parti,” katanya kepada pemberita di Pejabat Jabatan Pertanian Kelantan di Lundang, di sini, pada Rabu.
Che Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN.
Iklan
Beliau sebelum itu merasmikan Pelancaran Program myGAP Tanaman Bukan Makanan secara maya yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Mohd Nasir Warris.
Menurutnya, ketika pimpinan Pakatan Harapan (PH) sering kali diperkatakan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang malah banyak jalan persekutuan di Kelantan yang tidak dapat diselenggara dengan alasan itu.
Iklan
"Selepas perubahan kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan terus memberi bantuan sehingga tidak kedengaran lagi ‘cakap-cakap’ kerajaan tiada duit dan sebagainya,” katanya.
Che Abdullah juga berkata, penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan PN tidak memberi kesan kepada kerajaan Kelantan kerana mempunyai majoriti yang cukup.
"Walau apa pun yang berlaku kerajaan Kelantan akan kekal, tiada masalah dan tidak tergugat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>