Syarikat farmaseutikal Israel jadikan tahanan Palestin 'tikus makmal'

Iklan
Tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel

BAITULAHAM - TEBING BARAT. Seorang profesor di Universiti Hebrew mendakwa pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan permit kepada banyak syarikat farmaseutikal untuk menjalankan diagnostik dan ujian klinikal ke atas tahanan Palestin dan Arab.

Nadera Shalhoub-Kevorkian membongkar kegiatan itu semasa menjalankan projek penyelidikan untuk Universiti Habrew.

Iklan
Iklan

Universiti Habrew bagaimanapun enggan mengulas dakwaan wanita tersebut.

"Kawasan didiami penduduk Palestin umpama makmal," katanya.

Iklan

Dakwaan Nadera menyusul selepas Zionis enggan menyerahkan jenazah tahanan Palestin, Fares Baroud yang meninggal dunia di dalam penjara Israel.

Difahamkan, Baroud menderita pelbagai penyakit semasa dalam tahanan Israel.

Iklan

Keluarga Baroud bimbang beliau dijadikan 'bahan eksperimen' memandangkan Israel bimbang perbuatan mereka terbongkar menerusi bedah siasat forensik.

Pada Julai 1997, akhbar Israel, Yedioth Ahronoth menyiarkan kenyataan Dalia Itzik yang pada ketika itu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Parlimen bahawa beliau mengaku Kementerian Kesihatan Israel telah memberikan permit kepada syarikat farmaseutikal untuk menguji dadah baru ke atas tahanan Palestin.

Beliau mendakwa sebanyak 5,000 ujian klinikal telah dijalankan pada masa itu. - Agensi