1,600 ekor ayam segar diagihkan di kawasan PKPD
Iklan
Para petugas sedia untuk mengagihkan ayam segar kepada 1,600 kediaman di Mukim Bandi, Kemaman yang dikenakan PKPD sejak 21 Julai.
KEMAMAN - Lebih 1,600 ekor ayam segar diagihkan kepada penduduk di kawasan Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 21 Julai lalu.
Sumbangan yang dihantar kepada 1,600 kediaman itu kerjasama antara Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat; Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim.
Iklan
Iklan
Ketua Penyelia Parlimen Kemaman, Mohd Hafiz Adam berkata, agihan tersebut diselaraskan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang membantu menghantar ayam segar tersebut kepada setiap rumah dalam kawasan PKPD.
"Ini merupakan agihan kedua selepas bantuan barang keperluan dapur yang kita berikan kepada penduduk selepas perintah PKPD berkuatkuasa di kedua-dua kawasan tersebut.
Iklan
"Dengan bantuan ini, kita harap ia sedikit sebanyak dapat menceriakan dan meringankan beban penduduk yang kini terpaksa duduk di rumah masing-masing akibat PKPD,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Mohd Hafiz berkata, kerajaan negeri prihatin dengan kesukaran dihadapi penduduk dalam kawasan PKPD.
Iklan
Menurutnya, mereka yang berdepan masalah seperti terputus bekalan makanan boleh menghubungi JPKK bagi mendapatkan bantuan.
"Kita sentiasa bersedia membantu dan bantuan akan diteruskan selepas ini bergantung kepada keadaan semasa,” ujar beliau.
PKPD Mukim Bandi membabitkan Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 mula berkuatkuasa pada 21 Julai hingga 3 Ogos ini membabitkan lebih 10,000 penduduk daripada kira-kira 1,600 buah rumah.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal