18 maut akibat rempuhan di utara India
Iklan
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam satu kemalangan jalan raya di Uttar Pradesh, utara India.
Sebuah trak yang dipandu laju merempuh mangsa yang sedang tidur berdekatan bas yang rosak, pada Selasa malam di daerah Barabanki, menurut laporan media India.