BSN jangka kenaikan 10 peratus dalam perbelanjaan kad kredit tahun ini
Iklan
BANK Simpanan Nasional (BSN) menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam transaksi kad kreditnya tahun ini kerana pandemik Covid-19 mendorong perbelanjaan yang lebih banyak dalam talian dan e-dagang.
Ketua Pegawai Perniagaan, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, pihak bank mendapati pertumbuhan yang lebih besar dalam perbelanjaan e-dagang dan tambah nilai e-dompet kerana ramai pemegang kad kredit menggunakan kad kredit untuk menambah nilai e-dompet mereka dan memilih transaksi tanpa tunai.
Iklan
Iklan
"Sehingga Jun 2021, BSN mencatat pertumbuhan sebanyak 9.4 peratus dalam transaksi kad kredit berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dengan kata lain, BSN mencatatkan pertumbuhan sebanyak 84 peratus dalam transaksi kad debit berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Kami juga mencatatkan tambah nilai e-dompet sebanyak RM14 juta menggunakan kad kredit BSN pada Mac 2021, berbanding RM1.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu (Mac 2020),” katanya kepada Bernama.
Iklan
BSN juga merancang untuk menarik lebih ramai pengguna kad kredit yang aktif dengan melancarkan kempen, promosi dan keistimewaan peniaga untuk ahli sedia ada.
"Selain itu, baru-baru ini kami memperkenalkan kad kredit pulangan tunai baharu untuk ahli yang mahu mendapatkan ganjaran lebih cepat dalam bentuk pulangan tunai dan bukannya mata ganjaran,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>