Protes doktor kontrak di Ipoh lancar

Iklan
Sekumpulan individu dipercayai doktor kontrak berjalan keluar dari bangunan HRPB ketika kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di HRPB, Ipoh pada Isnin.

IPOH - [DIKEMAS KINI] Kempen Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB), di sini berjalan lancar dalam tempoh kurang lima minit pada Isnin.

Sejak jam 10.30 pagi petugas media berada di pekarangan HRPB bagi membuat liputan mengenai kempen tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pihak pengurusan hospital tidak membenarkan petugas media berada di lobi bangunan HRPB dan wartawan serta jurugambar yang hadir terpaksa berada di pondok pengawal berhampiran pagar utama hospital terbabit.

Mogok yang dijadualkan pada jam 11 pagi itu pada awalnya tidak kelihatan sebarang pergerakan keluar oleh doktor kontrak di pintu masuk utama.

Iklan

Namun, kira-kira setengah jam kemudian, sekumpulan individu berpakaian serba hitam keluar dari pintu utama HRPB dan bergerak ke Unit Kecemasan sebelum masuk semula ke dalam bangunan tersebut.

Dianggarkan seramai 30 individu dipercayai doktor kontrak bergerak secara berkumpulan sambil memegang telefon pintar masing-masing.

Iklan

Petugas media sekali lagi dihalang merakam sebarang gambar secara dekat sebaliknya perlu berada berhampiran pagar hospital.

Hartal Doktor Kontrak dicetuskan oleh Gerakan Doktor-Doktor Kontrak Malaysia untuk mendesak kerajaan menunaikan tuntutan golongan berkenaan.