'Awal-awal lagi saya sudah suntik vaksin Covid-19'

Iklan
Datuk Seri Hasan Arifin. - Foto Bernama

KUANTAN - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin mengesahkan bahawa beliau sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Hasan ketika dihubungi Sinar Harian sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Iklan
Iklan

"Awal-awal lagi saya sudah ambil (suntikan) vaksin," katanya menerusi kiriman mesej WhatApps yang ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jawapan beliau itu susulan terdapat pihak mendakwa Hasan belum menerima suntikan vaksin.

Iklan

Pada Isnin, semua ahli Parlimen kembali ke Parlimen bagi menghadiri sidang khas Dewan Rakyat selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun susulan penularan pandemik Covid-19 dalam negara yang masih tinggi.

Persidangan selama lima hari itu dilaksanakan secara bersemuka dengan kehadiran semua ahli Parlimen di dalam dewan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Iklan

Ditanya mengenai kehadirannya ke Parlimen, Hasan cuma memaklumkan bahawa beliau hadir sebagai melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen Rompin.

"Mestilah hadir tanggungjawab," kata beliau menerusi kiriman mesej WhatsApp tersebut.