JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Manchester City tidak mahu mengalah bagi mendapatkan khidmat dua tonggak England, Harry Kane dan Jack Grealish bagi mengharungi saingan musim baharu EPL, kelak.
Selain EPL, kehadiran kedua-dua pemain berkenaan juga diharapkan dapat membantu City bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara (UCL), yang dijangka lebih sengit, musim ini.