Polis siasat maklumat berkaitan protes Hartal Doktor Kontrak

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat maklumat berkaitan Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang didakwa akan mengadakan protes secara besar-besaran di semua pusat kesihatan seluruh negara pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya akan menyiasat samada maklumat berkenaan sahih.

Iklan
Iklan

"Polis akan siasat kesahihan maklumat ini terlebih dahulu," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Kumpulan Gerakan Hartal Doktor Kontrak menjangkakan seramai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak seluruh negara akan menyertai protes yang dikatakan berlangsung pada Isnin ini.

Iklan
Iklan