Covid-19: Indonesia catat 1,383 kematian

Iklan
Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 33,772 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,983,830 kes. Foto AP

JAKARTA - Indonesia berterusan mencatatkan jumlah kematian harian akibat Covid-19 melepasi angka seribu, selepas merekodkan angka tertinggi iaitu 1,383 kematian dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 77,583 orang.

Iklan
Iklan

Provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 402 kematian, diikuti Jawa Tengah (386), Jawa Barat (119) dan selebihnya di provinsi lain.

Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 33,772 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,983,830 kes, dengan sebanyak 549,694 pesakit aktif (dirawat). -Bernama

Iklan
Iklan