Rumah sewa simpan rokok seludup RM637,000 diserbu
Iklan
Sebahagian rokok seludup yang dirampas susulan penahanan seorang lelaki hasil serbuan ke atas sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan di Taman Melati,Jerantut pada Ahad.
KUANTAN - Seorang lelaki ditahan bersama rokok seludup dianggarkan bernilai RM637,687 termasuk cukai hasil serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Melati, Jerantut pada Ahad.
Hasil serbuan sepasukan anggota Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 12 tengah hari itu membawa kepada penemuan 82 kotak besar dan 39 karton rokok putih dan rokok kretek tanpa cukai.
Iklan
Iklan
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA) Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali berkata, rumah berkenaan dipercayai disewa untuk dijadikan stor simpanan bekalan rokok seludup sebelum diedarkan ke kedai-kedai runcit sekitar Jerantut.
"Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM7,700 dengan bernilai keseluruhan rampasan termasuk rokok mencecah RM737,137," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 34 tahun itu dipercayai bertindak sebagai pengedar yang memperoleh bekalan diperoleh dari Kuala Lumpur.
"Semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau berkait kes di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan bagi menakutkan penjawat awam.
Iklan
"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rokok atau RM100,000 yang mana paling tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Tegasnya, pihak polis akan menpergiat operasi membanteras penyeludupan rokok tidak bercukai terutama di sekitar negeri-negeri pantai timur.
"Kegiatan haram ini perlu dibanteras kerana menyebabkan kerugian kepada negara sekitar RM5 bilion setahun," katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com