32 lokaliti dikenakan PKPD

Iklan
Sebanyak 32 lokaliti melibatkan negeri Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak, dikenakan PKPD bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini. Foto hiasan.

SHAH ALAM - Sebanyak 32 lokaliti melibatkan negeri Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 20 Julai hingga 2 Ogos ini.

Ismail Sabri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara lokaliti yang terbabit ialah Kampung Lepah dan Kampung Alor Hijau, Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching, Sarawak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, di Sabah pula melibatkan Kampung Long Kiangan dan Kampung Ranau-ranau, Sipitang; Taman Teluk Likas, Kampung Gusung, Taman Kurnia Jaya, Kuarters Kilang Permai Kaya, Mukim Likas, Kota Kinabalu; Kampung Muhibbah, Beaufort; Ladang Agathis, Kalabakan.

Tambah beliau, turut dikenakan PKPD juga, Kampung Solob dan Kampung Tunas Baru, Sipitang; Kampung Dandulit Matunggong, Kudat; Kampung Bakalau, Beaufort dan Kampung Nosoob, Penampang, Sabah.

Iklan

"Sementara itu, di Perak melibatkan Taman Melor Fasa 1, Hilir Perak; Kampung Batu 19 ½ dan Kampung Batu 20, Mukim Batu Kurau, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS); Taman Awam 3 Bidor dan Taman Permata Bidor; Taman Sri Bidor; Taman Bidor Jaya, Kampung Cegar Tambahan dan Kampung Cegar, Mukim Bidor, daerah Batang Padang.

"10 Lokaliti dalam Mukim Batang Padang, daerah Batang Padang, Perak turut dikenakan PKPD melibatkan Taman Tapah/Taman Bunga Raya dan Kampung Datuk; Taman Sri Damai 1 /Taman Sri Damai 2; Taman Sri Tapah; Taman Tapah 2; Taman Sri Asoka; Kampung Baru; Kampung Pahang; Kampung Batu 5 Tapah Road; Kampung Baru Pekan Getah; Kampung Batu Melintang dan Kampung Tanah Mas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah berkuatkuasa 20 Julai hingga 2 Ogos.

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di empat lokaliti ditamatkan pada 19 Julai seperti yang dijadualkan.

Tambahnya, lokaliti itu adalah Kampung Jambatan Baru, Membakut, Beaufort; Blok 6, Kampung Titingan, Tawau, Sabah; Kuarters Ladang Lepan Kabu (A&B) dan sebahagian kawasan Kampung Pahi rsempadan Kuarters Ladang Lepan Kabu, Kuala Krai, Kelantan serta CLQ Gamuda Garden, Kundang Jaya, Rawang, Selangor.

"Mukim Batang Padang dan Mukim Bidor, Perak pula ditamatkan lebih awal daripada dijadualkan iaitu 23 Julai 2021 kepada 19 Julai,” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, 62 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ujarnya, ia hasil daripada pemeriksaan ke atas 1,993 buah kilang, 16,569 premis perniagaan, 506 tapak pembinaan dan 243 buah asrama penempatan pekerja.

"Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 74,793 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,645 orang,” katanya.

Menurut beliau, bagi sekatan jalan raya (SJR), jumlah bilangan kenderaan diarahkan berpatah balik pada 16 Julai paling tinggi dicatatkan iaitu sebanyak 4,839.

"Sebanyak 381,952 kenderaan telah diperiksa di SJR seluruh negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan mereka yang ingkar mematuhi arahan,” ujarnya.