Peruntuk RM350,000 baik pulih masjid, surau

Iklan
Noh (dua dari kiri) menyampaikan cek kepada wakil Surau Kampung Tok Empat Masjid di sini pada Sabtu.

KUALA SELANGOR - Sebanyak RM350,000 diperuntukkan bagi membaik pulih lebih 10 masjid dan surau di Parlimen Tanjong Karang tahun ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak RM100,000 lagi diperuntukkan bagi tujuan sama membabitkan rumah ibadah bukan Islam.

Iklan
Iklan

"Sumbangan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan dapat mengurus dan membaiki kerosakan yang berlaku untuk keselesaan jemaah dan penggunanya," katanya pada Majlis Penyerahan Cek kepada Surau Kampung Tok Empat Masjid di sini pada Sabtu.

Mengulas mengenai penyampaian sumbangan baik pulih surau itu, Noh berkata, sebanyak RM20, 000 diperuntukkan kepada surau berkenaan dan terkini sebanyak RM30, 000 juga telah disalurkan kepada Masjid Batu 11 Tanjong Karang.

Iklan
Iklan

"Kerja pulih surau dijangka bermula apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat," katanya.